Make your own free website on Tripod.com

HAIWAN KESAYANGAN SAYA 

            

Ini adalah antara salah satu dari banyak haiwan kesayangan saya.Utk pengetahuan semua saya sukakan haiwan.Haiwan yang paling saya sukai adalah kucing.Tahukah anda berapa banyak spesies kucing yang terdapat di Malaysia.Terdapat lebih kurang 9 spesies kucing di Malaysia.Namun begitu, tahukah anda latar belakang kucing ini secara mendalam terutama dari segi spesies, tabiat dan cara pemakanannya?

Terdapat 36 spesies kucing di dunia dan secara umum, spesies ini boleh dibahagikan kepada kucing besar seperti singa, cheetah dan kucing kecil seperti kucing peliharaan di rumah.

Semua jenis kucing -- termasuk kucing rumah --berasal dari nenek moyang kucing liar. Yang ini adalah Simba, merupakan turunan murni dari Maine Coon yang berasal dari Jerman.

Selain daripada kucing saya juga sukakan ikan, disini saya ingin berkongsi gambar-gambar ikan ni dengan anda semua.

 

seterusnya

IKAN AIR TAWAR

 

Arowana ( Kelisa ) - Adalah antara spesis yang dilindungi di Malaysia. Harganya mahal. Buleh dimakan, dan dia tentulah buleh makan gak. Banyak orang bela. Dulu bergasak-gasak orang bela dia. Sekarang nie dah kurang sikit. Gawat agaknya kot.

 

Lalang - Ikan ni, jarang narr ader kat pasar. Biasa orang dapat kat sungai jekk, bila waktu mancing. Bau dia agak kurang menyenangkan hidung bila dia dah kena pancing. Ikan nih tak ler besar maner pon. Kecik jek. Goreng jekk laa yang buleh pon.

 

Belida - Ikan yang banyak tulang. Kalau masak gulai, memang tension nak makannya. Goreng pon sodap. Ikan nie pon ada orang bela gak, tapi yang banyak bintik2 punya. Baru cun sikit. Banyak kat sungai2 besar. Boleh membesar sehingga sebesar tempat duduk motor.

 

 

Lampam sungai - Memanglah dok kat sungai, pasal tak panggil dia lampam laut. Agak kurus sikit dari lampam jawa. Lampam jawa besor pasal kerja kontrek agaknya...heh. Terdapat di sungai besar, sungai kecil ataupun tasik.

 

Kaloi - Sedap kalau di masak lemak cili api. Ramai gak yang buat perhiasan. Bersifat agresif. Mulut ternganga-nganga bila jari di letakkan kat akuarium dia. Macam lapar tak berkesudahan pulak gayanya. Kalau mancing dia, try pakai umpan belalang atau cengkerik. Syok beb layan kaloi.

 

Sebarau - Antara ikan yang sedap di makan. Tapi kalau dah besar sangat tuh, tak berapa sedap sangat lak. Di kenali juga sebagai panglima sungai. Pasal dia saja yang ada line kat belakang. Pangkat la tu. Yang di gambo tu, kecil aje. Terdapat kat sungai besar, sungai kecil atau tasik. Spesis yang makan ikan. Terutamanya ikan seluang. Cara memancing yang sesuai ialah casting ( mengilat ) pakai rapala yang betul saiznya. Tapi kena tau lubuk gak. Kalau tak ngail sampah ajelah

 

Kap Rumput Merah - Ikan nih, aku tak lerr berapa familiar sangat. Yang aku tahu, ikan nih banyak kat dalam kolam2 jek. Sekian , t.q...heh.

 

Seluang -  Haaa...nie ler ikan yang paling kerap di pandang kalau kita mancing kat sungai. Sure dia ajer lerr yang kita nampak dulu. Ikan nih tak reti makan dasar, dia buleh makan atas permukaan air jek. Kalau nak buang umpan tu. leh lerr suruh ikan nih. Gerenti berebut nyerr laa

 

Kelah - Ahaaa...!!..Nie dia ikan yang jadik kegilaan kaki pancing sekelian. Ader yang cakap ikan ni ikan yang paling bijak kat sungai. Sebab aper, sebab kalau kiter lalu kat lubuk dia,dia dapat kesan lerr. Itu pasal kalau nak mancing ikan nih, kena nyuruk dalam semak samun. Kira nyamar lerr tuh.

 

   

Tapah - Haaa nie pon antara ikan yang sedap di makan. Agak sukar di perolehi sebab mungkin susah nak di tangkap. Antara spesis yang paling garang kat sungai. Beruk pon dia boleh makan. Kalau buang air kat sungai besar2 tuh, berhati-hatilah weh. kena sambar kang saje aje. Kalau yang besar tuh, buleh dapat kat sungai besar aje. Kat tasik pun ada gak. Biasa di tangkap dengan mengunakan tajol, rawai atau nasib2 pakai ambai pon buleh dapat.

 

Ketutu ( Ubi ) - Sesetengah orang kata cantik, sesetengah orang kata buruk. Tapi aku kata buruk. Boleh dimakan. Selalunya bangsa Tionghua yang gemarkan spesis nie. Harga dia boleh tahan mahal gak. Umpan cacing aje dah boleh dapat. Kat mana2 sungai boleh dapat. Termasuklah kat tali2 air yang warnanya hitam.

syntex error

 

tengas

 

 

Tilapia Merah - Ikan yang telah di komersialkan. Banyak orang dah mula bela ikan nih kat kolam. Tilapia hitam pon ader gak. Secara jujur, aku tak berapa minat makan ikan nih . Sebab
errr.....errrr.... ader laaaa. Nanti kang, korang pulak tak minat ikan nih..hehehehe.

 

 

Terbul :Spesis ikan sungai yang dah kurang glamournya. Terdapat di sungai seluruh Malaysia. Tapi kita jarang dengar orang gi mancing Terbul kan. Maklumlahhh...dah tak braperr glamour lerr katakann...!!!

 

seterusnya